warkah buat SAHABAT AL-IRFAAN 10/11

•May 11, 2010 • Leave a Comment

SURAT UNTUK SAHABAT..

Assalamualaikum adik-adik yang sentiasa dirahmati ALLAH S.W.T..

Selamat datang ke Kolej Matrikulasi Labuan.. Tahniah diucapkan kerana terpilih menyertai program ini. Syukur Alhamdulillah juga kerana adik-adik dipilih oleh ALLAH S.W.T menyertai Sahabat Al-Irfaan , tanda kasih ALLAH yang tidak terhingga pada adik-adik.. Sesungguhnya Allah memilih adik-adik untuk meneruskan dakwah Islam di bumi KML ini di samping memajukan dan memantapkan ilmu bekalan dunia dan akhirat.. Kami ( Sahabat AL-Irfaan 09/10) doakan adik-adik berjaya dunia dan akhirat..InsyaALLAH, jika berjuang di jalan ALLAH, pasti ALLAH membantu adik-adik..  INgat.. “ DALAM MELAKUKAN SESUATU BUATLAH KERANA ALLAH S.W.T”.

KEHIDUPAN

UMPAMA  RODA  YANG  BERPUTAR

ADAKALANYA  DI  ATAS,  ADAKALANYA  DI  BAWAH

HIDUP  INI  PENUH  DUGAAN  DAN  CABARAN

PENUH  DENGAN  PERMASALAHAN

YANG  AKHIRNYA  MEMBUAT  JIWA  KITA  HIDUP.

HIDUP  INI  HANYA  SEMENTARA

            KERANA  YANG  KEKAL  ITU  AKHIRAT

            MAKA  PERBANYAKKAN  AMALAN

            UNTUK  BEKALAN  KE  ALAM  NYATA  DAN  KEKAL.

HIDUP DI DUNIA HANYALAH SATU PERSINGGAHAN YANG AKAN MERNJADI JAMBATAN KE AKHIRAT SANA..KEEP STRUGGLING NOT ONLY FOR YOUR LIFE BUT TO REACH ALLAH`S BLESSING.. MINTALAH PERTOLONGAN ALLAH DENGAN JALAN SABAR DAN MENDIRIKAN SOLAT..SESUNGGUHNYA SOLAT ITU AMAT BERAT KECUALI BAGI ORANG-ORANG YANG KHUSYUK.. ^_^

SELAMAT BERJUANG..ALLAHU AKHBAR!!

Gangguan dan Beban Juga Adalah Inspirasi

•March 21, 2010 • 1 Comment

Ilham yang sedang belajar di universiti di luar negara berasa sangat tertekan dengan kehidupannya. Duit biasiswanya tidak mencukupi lantaran kos hidup yang sangat tinggi, dan dia terpaksa bekerja sampingan sebagai tukang cuci untuk menampung kewangan. Dengan jadual pelajaran yang padat dan waktu kerja yang memenatkan, diburukkan lagi dengan layanan majikan terhadapnya, Ilham berasa sangat tertekan dan hampir mengganggu fokusnya pada pelajaran.

Pernahkah kita melalui situasi seperti Ilham?

Gangguan-gangguan sekeliling kita yang kita anggap sebagai beban telah menggangu fokus kita. Sebaliknya, anggaplah gangguan-gangguan dan beban-beban tadi sebagi inspirasi. Ya, gangguan dan beban juga adalah inspirasi.

“Allah tidak membebankan seseorang kecuali menurut kemampuannya” (surah al-Baqarah: ayat 286)

Mari kita tukar persepsi dan pandangan kita…dan hasilnya pasti amat menyenangkan…^_^

source: www.iluvislam.com

Iman VS Rakan

•March 14, 2010 • Leave a Comment

 

Alam remaja tak lekang cabaran. Daya inkuiri yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baru amat ketara. Perasaan dan keinginan bergelora hebat. Ia suatu tempoh transisi menuju dewasa. Rakan sebaya biasanya sangat berpengaruh dalam kehidupan seseorang remaja dalam tempoh ini.

Seringkali setiap remaja keliru untuk berhadapan dengan segala sesuatu. Sukar untuk menentukan bagaimanakah sepatutnya perasaan, konsep dan penilaian sebenar terhadap masalah-masalah, terhadap peristiwa-peristiwa dan juga terhadap individu manusia pada keseluruhannya.

Firman Allah S.W.T. ;

وَلا تَهِنُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الأعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

” Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. ”
(Surah Ali ‘Imran: ayat 139)


Rasa mulia dan tinggi dengan iman, suatu perasaan yang sungguh memotivasikan hidup. Perasaan ini akan menjadikan hidup lebih terarah dalam menghadapi setiap realiti, kemungkinan dan nilaian manusia. Muslim beriman akan memegang Iman dan nilainya mengatasi segala bentuk nilai yang datang dari sumber yang lain. Sungguh hebat perasaan ini mempengaruhi hidup seseorang yang yakin dengannya.

Begitulah remaja beriman takkan mudah goyah dengan nilaian kawan-kawan. Tetap teguh pendirian apabila kawan-kawannya mengejek lekeh jika tidak merokok. Atau memandang tak laku jika belum berpunya. Dia tak mudah melatah apabila dianggap ’skema’. Imannya menjadi perisai apabila diajak berfoya-foya.

Hebat sekali kuasa iman. Rasa mulia dengan iman ini suatu perasaan yang perlu ditanam dan disuburkan hinggalah ianya tidak menjadi suatu perasaan yang hangat-hangat tahi ayam sahaja. Perasaan agung itu mestilah berdasarkan kebenaran Allah yang Maha Hidup dan tidak mengenal mati. Kebenaran yang tetap hidup walaupun dicabar oleh kekuatan, oleh konsep dan realiti yang sering berlegar dalam kehidupan seharian remaja.

Contohnya, remaja beriman akan tegas berkata,

”Saya takkan menjadi robot yang hanya terpacak di hadapan tv, diikat hidung oleh media yang sering menghidangkan hiburan.”


Kebanyakan remaja hari ini terdedah dengan arus globalisasi hingga mempunyai cara berfikir sendiri yang sangat berpengaruh sesama mereka. Persekitaran dan didikan juga menyebabkan mereka mempunyai nilai-nilai yang sukar untuk ditentang; nilai yang menekan rakan sebayanya untuk turut terikat dengannya.

”Tak keluar dating? Apa kuno sangat kamu ni? Ni bukan zaman nenek moyang dulu.”


Inilah hanyalah salah satu contoh pemikiran remaja kita.

Cara berfikir, dan nilai itu menekan remaja lain yang tidak mempunyai persediaan yang kukuh. Begitu juga setiap konsep yang membelenggu cara berfikir remaja hari ini memang mempunyai ikatan yang kukuh dan kuat, yang sukar dikikis jika tidak dihadapi dengan suatu konsep yang kebal yang diceduk dari Allah S.W.T. Setiap remaja yang menentang arus, yang menentang cara berfikir remaja lain, menentang nilai hidup mereka dan sebagainya, tentu akan merasa tersisih dan bersedih hati, jika tidak berpegang kepada dahan yang lebih kukuh dari manusia itu sendiri.
Allah S.W.T. pasti tidak membiarkan orang-orang yang beriman keseorangan menghadapi tekanan, kesepian menanggung beban yang berat itu. Oleh kerana itu, sungguh indah (Surah Ali ‘Imran: ayat 139) memujuk setiap orang beriman. Sesungguhnya orang yang beriman itulah orang yang paling tinggi darjat tempat pergantungannya.

Kenapa nilai remaja lain perlu lebih berpengaruh dalam hidup kita berbanding nilaian Allah yang menciptakan kita semua?


Fikir-fikirkanlah.

Contohilah keberanian Rabi’ bin Amir dalam menyatakan imannya di hadapan Rustam menjelang perang Qodisiyyah.

“Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya daripada pengabdian terhadap hamba kepada pengabdian kepada Allah s.w.t., dari kesempitan dunia kepada keselesaan hidup dunia dan akhirat, juga dari kezaliman agama-agama lain kepada keadilan Islam. ”


Wahai remaja beriman, kita belum lagi diuji berhadapan kuasa kafir sebagaimana Rabi’ bin Amir berhadapan Rustam, kita baru diuji berhadapan dengan suara-suara rakan sebaya. Kenapa perlu gentar menyatakan iman kita terhadap mereka bagi menolak segala ajakan dan dakwaan yang tidak sihat? Jangan mudah mengalah. Rasa mulia dan tinggilah dengan iman.

(source: www.iluvislam.com ,Fatimah Syarha, editor: arisha27)

MINGGU PENGHAYATAN ISLAM 2010

•March 7, 2010 • Leave a Comment

MINGGU PENGHAYATAN ISLAM 2010 

Pada 12-28 Februari 2010 yang lalu, Jawatankuasa Surau Al-Irfaan dengan kerjasama badan-badan organisasi Kolej Matrikulasi Labuan seperti Pembimbing Rakan Dinamik (PRD), Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), dan Jawatankuasa Mentor Mantee (JAKTEE) telah menganjurkan satu program iaitu Minggu Penghayatan Islam (MPI). Program ini merupakan satu program yang diadakan padasetiap tahun. Pada tahun ini, MPI bertemakan “When Evolution of Unity Becomes Universe”.

Antara objektif program ini diadakan ialah, untuk member kesedaran kepada para pelajar mengikuti dan menghayati konsep kehidupan Islam sebenar dan mengeratkan ukhuwah sesama pelajar tanpa mengira agama dan bangsa. Selain itu, program ini merupakan salah satu medium atau wacana ilmu bagi para pelajar dalam menghayati Islam dan InsyaAllah, melalui program ini, nilai-nilai murni dapat diterapkan dalam kalangan pelajar.

Rasionalnya program ini dijalankan ialah untuk meningkatkan potensi dan semangat daya saing yang baik dalam kalangan peserta program. Selain itu, program ini dapat membentuk generasi pelajar yang berketerampilan dan melahirkan pelajar yang cemerlang dari konteks akademik dan rohani. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang dua minggu program ini berlangsung. Antaranya, program pasak diri, sukaneka & senamrobik, pertandingan nasyid, tilawah al-quran, tayangan perdana, Qiamulllail, Explore Islami dan banyak lagi. Alhamdulillah, semua program mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Labuan.

 Sehubungan dengan itu, kami berharap agar program-program seperti ini dapat dijalankan lagi di masa hadapan untuk menarik lebih ramai pelajar untuk melibatkan diri dalam program seperti ini. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang diadakan. Walaupun tidak membawa pulang hadiah, namun penglibatan anda dalam aktiviti yang dianjurkan amatlah dihargai.

Kami dari pihak Surau Al-Irfaan mengucapkan syukran jazilan kepada semua individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan program ini. Kami juga ingin memohon maaf atas segala kekurangan yang berlaku sepanjang 2 minggu program ini dijalankan. 

 Semoga penglibatan kita dalam program ini sedikit sebanyak dapat melatih kita menjadi generasi pelajar yang berketerampilan. Sekian, terima kasih.

“We love Rasulullah S.A.W.

•February 26, 2010 • Leave a Comment

Di kesempatan ini pihak al-irfaan  ingin mengucapkan selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1431 H / 2010 M kepada seluruh umat IslamSebagai umut Islam yang sayangkan baginda S.A.W. hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Tema tahun ini “MEMUPUK UKHUWAH  MEMPERKASA UMMAH cukup sinonim untuk membentuk peribadi muslim. INSYAALLAH… Ini sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W. sepenuh jiwa.  . Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda S.A.W. pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).

“WE LOVE RASULULLAH  S.A.W”

MINGGU PENGHAYATAN ISLAM

•February 12, 2010 • 2 Comments

 

TEMA : WHEN EVOLUTION OF UNITY BECOME UNIVERSAL

SOLAT DALAM SUDUT PANDANGAN SAINS

•February 12, 2010 • Leave a Comment

Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains

                       Seorang professor fizik di  Amerika Syarikat telah  membuat  satu  kajian tentang  kelebihan  solat  berjemaah  yang
                       disyariatkan dalam Islam.  Katanya tubuh badan  kita mengandungi dua cas elektrik  iatu  cas positif  dan cas negatif.
                       Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

                       Dalam proses  pembakaran  tenaga,  banyak berlaku  pertukaran  cas  positif  dan  cas  negatif,  yang menyebabkan
                       ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

                       Ketidakseimbangan  cas dalam  badan  menyebabkan kita rasa letih  dan lesu  setelah  menjalankan  aktiviti seharian.
                       Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

                       Berkaitan dengan solat berjemaah,   timbul persoalan   di minda professor ini   mengapa   Islam  mensyariatkan solat
                       berjemah dan mengapa solat lima waktu  yang  didirikan  orang  Islam  mempunyai  bilangan rakaat yang tidak sama.

                       Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak  menyeimbangkan cas-cas dalam
                       badan  kita.   Semasa  kita solat  berjemaah,  kita  disuruh  meluruskan  saf, bahu  bertemu   bahu  dan  bersentuhan
                       tapak  kaki.   Tindakan-tindakan  yang  dianjurkan  semasa  solat  berjemaah   itu   mempunyai  berbagai  kelebihan.
                       Kajian  sains  mendapati   sentuhan  yang  berlaku  antara  tubuh kita  dengan   tubuh  ahli  jemaah  lain yang  berada
                       di kiri dan  kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.  Ia berlaku  apabila cas  yang
                       berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan  ditarik  ke dalam kita.  
                       Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

                       Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa
                       jam.  Ketika ini  tubuh  kita mengandungi  cas-cas  positif  dan negatif  yang  hampir  seimbang.   Oleh itu, kita hanya
                       memerlukan sedikit  lagi proses  pertukaran  cas agar  keseimbangan penuh  dapat dicapai.   Sebab itu,  solat Subuh
                       didirikan 2 rakaat.

                       Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali  tidak stabil  akibat kehilangan
                       cas lebih  banyak  daripada  tubuh.  Oleh itu,  kita  memerlukan  lebih  banyak  pertukaran cas.  Solat  jemaah yang
                       disyariatkan  Islam  berperanan  untuk  memulihkan   keseimbangan  cas-cas  berkenaan.   Sebab itu,   solat  Zohor
                       didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

                       Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.  Banyak tenaga  dikeluarkan  ketika  menyambung  kembali tugas.
                       Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.  Seperti mana  solat Zohor,  4 rakaat  solat Asar yang
                       dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

                       Lazimnya,  selepas  waktu  Asar  dan  pulang  dari   kerja   kita  tidak  lagi  melakukan  aktiviti-aktiviti yang  banyak
                       menggunakan  tenaga.  Masa  yang  diperuntukkan pula tidak begitu lama.  Maka,  solat  Maghrib hanya dikerjakan
                       sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

                       Timbul  persoalan  di fikiran  professor  itu tentang  solat  Isyak  yang mengandungi  4 rakaat.Logiknya, pada waktu
                       malam  kita  tidak   banyak   melakukan  aktiviti dan  sudah   tentu  tidak  memerlukan  proses  pertukaran cas yang
                       banyak.

                       Setelah kajian lanjut,  didapati  terdapat  keistimewaan  mengapa Allah  mensyariatkan  4  rakat  dalam  solat Isyak.
                       Kita  sedia  maklum,  umat  Islam  amat  digalakkan untuk  tidur  awal agar  mampu  bangun  menunaikan  tahajjud
                       di sepertiga malam.  Ringkasnya,  solat   Isyak  sebanyak  4 rakaat itu  akan  menstabilkan  cas  dalam  badan serta
                       memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

                       Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama  yang l engkap  dan istimewa.
                       Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai  hikmah ynag tersirat untuk  kebaikan umat Islam itu sendiri.
                       Belaiu merasakan  betapa  kerdilnya  diri dan betapa  hebatnya  Pencipta alam ini.  Akhirnya, dengan hidayah Allah
                       beliau memeluk agama Islam.

                       Sekian untuk renungan kita bersama